Manchester Visit 2009
Jalan-jalan @ Stonehenge
Cuti-cuti @ Southamton & Portsmouth
Jalan-jalan @ Oxford
A visit to Queen Anne Factory
Arsenal Stadium Visit
Chelsea Stadium Visit
Yana’s 4th Birthday …
Jalan-jalan @ Canterbury (Kent)
Hujung minggu yang lalu, kami berpeluang melawat ke Canterbury, Kent. Sebenarnya kami ada sedikit urusan Ebay di Buckingham dan Maidstone pada hari Sabtu yang lalu. Oleh kerana Maidstone terletak berdekatan dengan Canterbury, jadi kami terus singgah untuk jalan-jalan.

Perjalanan dari Leicester ke Maidstone, Kent mengambil masa kira-kira dua setengah jam. Setelah urusan selesai, kami terus ke Canterbury untuk pusing-pusing disana. Di sana kami menziarahi saudara Nizam yang belajar di University Of Kent yang kemudiannya guide kami untuk pusing-pusing disini.
Oleh kerana hari sudah beransur gelap, kami pun memutuskan untuk bermalam di sini sahaja. Boleh juga sambung jalan-jalan pada besok hari. Cari punya cari dapatlah juga menginap di Falstaff Hotel yang paling dekat dengan bandar. Memang payah juga nak cari tempat menginap kerana kebetulan pula Valentine Day dan Cuti Sekolah. Kebanyakannya penuh dan kami pula tak terpikir nak booking awal kerana tiada plan nak bermalam disini.
Canterbury adalah sebuah bandar yang agak manarik pada pandangan kami. Rekabentuk bangunan disini masih mengekalkan senibina Inggeris lama. Disini juga terdapatnya Canterbury Cathedral yang masyhur di seluruh dunia. Menurut rakan kami, disini memang tak ramai Melayu seperti di lain-lain tempat di UK. Cuma yang negatifnya disini adalah ianya boleh diketegorikan bandar kristian dan yang paling tak sedap didengar, sebesar-besar Canterbury ada satu sahaja masjid yang dibenarkan. Masjid ini dinamakan Markaz oleh masyarakat Islam disini.
Lokasi Canterbury juga sebenarnya berdekatan dengan pelabuhan Dover yang menjadi pintu keluar UK untuk ke Eropah. Mungkin kalau ada rezeki untuk memandu ke Eropah, Insyaallah boleh singgah lagi disini.















































































































Recent Comments