Leicester Summer (June) Festivals 2008
Pusing-pusing Scotland
New Cumnock
Perjalanan dari Leicester ke New Cumnock (Tempat Caravan) mengambil masa kira-kira 5 setengah jam. Disini kami menyewa sebuah caravan persendirian dengan harga 28 Pound semalam. Lokasi caravan ini adalah di Glen Afton Park yang merupakan kawasan bukit yang begitu tenang dan mendamaikan. Quote daripada Iklan Caravan ni :- “this is a peaceful, tranquil holiday spot, away from the stresses of everyday life. From the caravan, you will see the sheep grazing, being rounded up etc. All you need for a totally relaxing break yet only a few minutes by car for all your supplies” .Pemandangan disekitar caravan ini memang mengasyikan sehingga penat perjalanan yang jauh pun hilang begitu sahaja.
Edinburgh
Fort William
Glasgow
Setelah melalui perjalanan yang panjang ke FortWilliam. hari seterusnya kami ke bandar Glasgow yang jaraknya kira-kira 45 minit dari tempat caravan. Di Glasgow, selain dari pusing-pusing di bandar, kami sempat melawat ke Glasgow University dan Stadium Celtic.
Bandarnya agak besar dari Edinburgh dan seperti biasa, kami tidak lupa untuk mengumpul koleksi gambar-gambar disini untuk tatapan keluarga, sahabat handai serta pengunjung blog.
BBQ @ Caravan
Scotland2

Gambar-gambar@Glasgow
Gambar-gambar@Fort William
Gambar-Gambar @ New Lanark, Ayr
Gambar-Gambar @ Edinburgh
Jalan-Jalan Spring 2008
Sejak kebelakangan ini, sudah jarang-jarang saya update blog. Bukan tidak ada aktiviti menarik, tetapi mungkin masa yang tidak mengizinkan ditambah pula dengan beban kerja yang semakin bertambah di office. Namun saya cuba sedaya upaya untuk mengupdate blog ini dari masa ke semasa supaya ianya sentiasa ‘hidup’.
Minggu lepas, kami berkesempatan memanfaatkan cuti sempena Bank Holiday dengan menziarahi beberapa lagi tempat menarik dalam misi untuk menamatkan penjelajahan UK sepanjang tahun 2008. Hujung bulan ini, ada satu lagi Bank Holiday dimana Inshaallah kami merancang untuk menawan Scotland. Suhu dan Cuaca di UK pada ketika ini agak mengizinkan iaitu cuaca panas dengan purata suhu diantara 20 – 30 celcius. Lebih kurang macam cuaca di Malaysia.
Bristol & Bath
Kami berkesempatan ke Bristol, Bath, Cardiff, Land’s End dan Plymouth pada hujung minggu yang lepas. Perjalanan dari Leicester ke Bristol mengambil masa kira-kira 2 Jam setengah. Oleh kerana banyak destinasi yang akan dituju, kami mengambil keputusan untuk bertolak pada petang Jumaat selepas masing-masing balik dari kerja@Lab. Di Bristol, kami menziarahi saudara Zamri dan saudari Rozi sekeluarga. Keesokan harinya, dari Bristol kami mengambil keputusan terus ke Bath untuk melawat tempat-tempat menarik disini. Bath dikenali sebagai Historical Town dengan banyak tempat tinggalan sejarah Inggeris dahulu kala. Antaranya Roman Bath dan lain-lain lagi.
Cardiff (Wales)
Oleh kerana masa yang tidak mengizinkan, dari Bath kami terus ke Cardiff (Wales) untuk melawat tempat-tempat menarik disana. Perjalanan dari Bath ke Cardiff mengambil masa kira-kira satu jam setengah dengan melalui jambatan yang merupakan sempadan England dan Wales. Teruja juga melalui jambatan ini, kerana ianya seakan-akan jambatan Pulau Pinang walaupun jaraknya tidaklah sepanjang jambatan yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.
Dalam perjalanan, kami sempat singgah ke Cardiff Bay yang merupakan tempat tumpuan pelancong disini. Sempat juga meronda-ronda di sekitar kawasan ini sambil snap gambar-gambar menarik. Di Cardiff, kami menziarahi saudara Mohza dan Saudari Norfa sekeluarga. Besoknya, awal-awal pagi lagi kami telah dibawa pusing-pusing di bandar Cardiff dengan diguide oleh saudara Mohza. Kami tidak lupa untuk melawat ke Cardiff Castle, Cardiff Stadium dan Cardiff University.
Cornwall
Seterusnya dari Cardiff, kami mengambil keputusan untuk terus ke Land’s End yang merupakan penghujung daratan UK. Ianya terletak di bahagian paling selatan dalam peta UK. Perjalanan terus dari Cardiff ke Land’s End mengambil masa kira-kira 3 setengah jam. Dalam perjalanan ke Land’s End kami sempat singgah di Pantai St Ives. Sempat juga menghabiskan sedikit masa disini sambil menikmati makan tengahari. Tiba di Lands End kira-kira pukul 4 petang. Kami terpegun melihat keindahan alam ciptaan Ilahi disini. Lands End merupakan kawasan tebing laut yang mempunyai pemandangan yang amat cantik. Kami tidak menghabiskan masa yang terlalu lama disini kerana ada lagi beberapa destinasi untuk dituju sebelum menuju ke Plymouth. Dalam perjalanan ke Plymouth, kami sempat melawat ke Minack Theater & St Mount.
Plymouth
Setelah melalui perjalanan yang agak panjang, kira-kira pukul 8.00 petang, kami selamat tiba di rumah saudara Fauzi dan Saudari Zaitun sekeluarga iaitu yang merupakan destinasi terakhir untuk trip kali ini. Besoknya, kami sempat pusing-pusing disekitar Plymouth sambil di guide oleh saudara Fauzi. Setelah puas ronda-ronda disini, kami mengambil keputusan untuk terus pulang ke Leicester kerana besoknya masing-masing nak ke office@lab.
Perjalanan pulang ke Leicester
Perjalanan dari Plymouth ke Leicester sepatutnya mengambil masa kira-kira 4 jam sahaja. Namun perjalanan pulang kami pada hari tersebut agak terganggu kerana kesesakan jalan raya yang teruk di highway M5. Beberapa insiden yang berlaku di Highway ditambah pula dengan cuti sempena Bank Holiday makin memburukkan keadaan. Kami mengambil keputusan untuk keluar dari Highway dan mengikuti jalan lain yang berlainan dari jalan yang ditunjukkan oleh TOM TOM Satelit Navigation. Pada masa ini, kami terpaksa merujuk MAP yang dirasakan amat berguna ketika ini. Kami memilih laluan A38 dan terus menuju ke Warwick melalui jalan pedalaman disini. Dari Warwick terus ke Conventry dan kemudian masuk semula ke Highway M69 untuk menuju ke Leicester. Alhamdulillah, kami selamat tiba di rumah tepat pukul 9.00 malam.

Recent Comments