Heaviest Snowfalls in 18 Years – Part II

Heaviest Snowfalls in 18 Years – Part I

Snow 2009

Minggu ni merupakan antara minggu-minggu yang sangat sejuk disini. Suhu yang memang telah sedia sejuk telah turun dengan mencatatkan rekod -7 pada malam hari Selasa lalu. Berdasarkan pengalaman kami disini rasa-rasanya winter kali ini adalah lebih sejuk berbanding tahun lepas.

Mengikut berita semasa, cuaca sejuk ini dijangka berpanjangan sehingga hujung minggu ini. Ianya berpunca daripada Angin Artic yang bergerak dari Russia ke Negara-negara di Barat telah singgah di UK. Serentak dengan itu juga Snow telah turun untuk dua malam berturut-turut. Dapatlah juga kami snap gambar-gambar snow yang pertama untuk tahun 2009.


\

Boxing Day Shopping @ Cheshire Oak Designer Outlets

Sempena cuti Christmas dan Boxing day yang lalu, kami berkesempatan bershopping di Cheshire Oak Designer Outlets. Christmas seperti yang kita sedia maklum jatuh pada 25 Disember setiap tahun. Manakala Boxing Day pula jatuh pada 26 Disember iaitu sehari selepas Christmas. Menurut Sejarah Inggeris dahulu kala, Boxing day mendapat namanya kerana ianya adalah adalah hari dimana Kotak Hadiah dibuka untuk dikongsikan kepada golongan Miskin. ‘Box’ing merujuk kepada kotak dan nama itu kekal sehingga hari ini. Itu berkaitan dengan sejarah Boxing Day mendapat nama.

Pada hari ini, Boxing day lebih dikenali sebagai Shopping Day. Ini adalah kerana pada Boxing Day setiap tahun akan diadakan jualan murah secara besar-besaran di seluruh UK. Jualan murah ini meliputi kesemua barangan berjenama terus dari Kilang yang diberikan potongan harga dari 50 hingga 90 peratus. Antara barangan berjenama yang menjadi rebutan termasuklah barangan Levis, Nike, Adidas, Reebok, Puma, Next, Clark, Timberland dan banyak lagi.

Kami juga tidak melepaskan peluang bershopping pada Boxing Day pada kali ini. Kali ini kami memilih Cheshire Oak Designer Outlets yang memang terkenal kerana ianya antara pusat shopping yang terbesar sempena Boxing Day. Oleh kerana tempat ini sering menjadi tumpuan ramai pada awal pagi, kami membuat keputusan untuk bermalam di Manchester pada 25 Disember sebelum meneruskan perjalanan ke Cheshire Oak pada keesokan harinya.

Kami tiba kira-kira pukul 10 pagi di Cheshire Oak dan banyak juga membeli barangan berjenama untuk dibawa pulang. Maklum sahajalah peluang ini bukan selalu dan hanya muncul setahun sekali sahaja. Barangan-barangan berjenama tertentu yang berharga ratusan Pounds dapat dibawa pulang pada harga yang berpatutan.

Gambar-gambar @ Cheshire Oak Designer Outlets

UK Driving Test

Alhamdulillah, Weblog zaime.net kini kembali pulih setelah down untuk beberapa ketika.Untuk yang tidak tahu, weblog ini telah down selama kira-kira satu hingga dua bulan kerana ada sedikit masalah teknikal ketika hendak meng”renew” domain yang telah expired baru-baru ini. Masalah timbul kerana sepatutnya domain zaime.net mesti direnew sebelum expired tetapi kerana ada masalah di pihak domain provider, domain tersebut tidak dapat di renew sehingga mengambil masa dua bulan. Kini masalah ini telah selesai dan saya bolehlah start memblog seperti biasa. Baiklah,buat sementara kita lupakan tentang masalah teknikal ini.

Sepanjang tempoh dua bulan ini, pelbagai perkara telah dilalui. Antaranya kami sekeluarga telah makan angin ke Paris, Jalan-jalan London dan Melawat Malaysian Hall, Menyambut HariJadi Anak ke 2 (Hani), Menyambut Eidul Adha dan Menghadiri Majlis Usrah dan Ceramah Ilmu oleh Penceramah yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Zaharuddin (http://www.zaharuddin.net). Namun antara semuanya yang paling penting sekali saya telah berjaya lulus ujian memandu UK.

Untuk pengetahuan, dengan menggunakan lesen Malaysia (Foreign license) Kita hanya dibenarkan memandu di UK selama setahun sahaja. Selepas tempoh itu lesen adalah tidak valid lagi dan kita akan dikira memandu tanpa lesen jika ditahan polis. Oleh itu mendapatkan lesen UK sememangnya diidam-idamkan oleh penuntut Malaysia disini.
Disini Undang-undangnya agak tegas disamping fines dan penalty yang agak tinggi jika tertangkap.

Ramai yang menyangka ujian memandu di sini terlalu sukar sehingga mustahil untuk lulus. Melalui survey dan maklumat di Internet, ujian memandu di UK dikenali sebagai “the toughest driving test in the world”. Mengikut statistik, daripada keseluruhan calon yang menduduki ujian memandu, hanya kira-kira 40 peratus sahaja yang lulus. Tidak kurang juga yang memilih jalan belakang yang tidak perlu saya sebutkan disini untuk mendapatkan lesen UK. Saya dan beberapa rakan telah membuktikan ianya tidak mustahil.

Ujian Memandu di UK agak berbeza dengan mengambil ujian memandu di Malaysia. Yang paling utama disini benar-benar menitikberatkan aspek KESELAMATAN dalam pemanduan dan bukannya KECEKAPAN dalam pemanduan. Skill memandu juga mesti dipertingkatkan selari dengan 4 musim di UK. Contohnya perbezaan cara memandu dalam suasana berais, berkabus tebal, bersalji dan sebagainya.

Sebagai tips, panduan dan pengetahuan kepada yang berminat menempuhi cabaran lesen UK, ianya terbahagi kepada dua bahagian iaitu Theory dan Practical. Di dalam theory test pula terbahagi kepada dua iaitu multiple choice(50 Soalan) dan 14 Clip Hazard Perception. Kita dimestikan lulus kedua-dua bahagian untuk lulus theory test.Setelah lulus theory test, bolehlah belajar practical samada dengan Instructor (Highly recommended) ataupun belajar sendiri. Berapa banyak jam yang diperlukan bergantung kepada sejauhmana persediaan kita.

Dengan pengalaman memandu selama 12 tahun di Malaysia, saya memerlukan 6 sessions bersama instructor. Ianya amat useful untuk build up teknik memandu yang betul di UK serta membuang habit memandu yang kurang baik. Selebihnya saya membuat practices menggunakan kereta sendiri. Instructor yang mengajar, Brother Ibrahim memang telah lama berkecimpung dalam bidang ini, banyak membantu dalam mencurahkan ilmu dan tips-tips memandu yang tepat.

Alhamdulillah berkat usaha dan latihan yang berterusan, saya meyakinkan diri untuk booking practical test dan seterusnya berjaya lulus pada 23/12/08. Pengalaman saya ketika ujian, memang ada sedikit rasa gemuruh walaupun telah berpengalaman memandu selama berbelas-belas tahun. Yang paling penting sekali tidak over confident dan mesti fokus sepanjang masa ujian yang mengambil masa kira-kira 45 minit.

White Christmas 2008

Sehingga ke minggu-minggu terakhir sebelum Xmas day, UK local people masih lagi mengharapkan snow pada 25hb. Malangnya harapan mereka tidak kesampaian. Suhu memang sejuk tapi snow tidak dijangka turun. Cukuplah sekadar snow buatan. Gambar-gambar ni diambil di Leicester City Center pada 27th December 2008. Sehari selepas Boxing Day.

Hani 2nd Birthday

Pada 2 November 2008, genap Hani 2 tahun. Happy birthday Hani, semoga panjang umur, jadi anak solehah dan bijak. Memandangkan masing-masing sibuk dengan kerja dan belajar, kami tidak berkesempatan membuat majlis ulang tahun di rumah. Jadi, kami hanya mengadakan Birthday party Hani di Stanhope Nursery (Nursery Yana dan Hani pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat). Lokasi Nursery ni berdekatan dengan Leicester University dan tempat kerja. Harga memang boleh tahan mahal. Walaubagaimanapun, bagi kami yang bekerja dan belajar, kami tiada banyak pilihan. Ini salah satu cara untuk capai win-win situation.

Phildapheia, Ruth, Nick, Vicky dan Abena antara nama penjaga-penjaga mereka. Mereka memang profesional dan terlatih. Berbaloi juga hantar diorang dekat sini. Dari segi makanan, kami minta vegetarian foods, no alchohol dan no gelatine. Setiap hari menu akan dipaparkan dekat notice board. So, kami dapat lihat menu breakfast, dinner dan tea mereka. Berkenaan aktiviti-aktiviti mereka di sini, memang banyak. Setiap hari ada sahaja benda yang dibawa balik seperti apron, cookies, kek, cards dll. Kreativiti, keyakinan, relationship dan language banyak diajar di sini. Namun, unsur-unsur berbentuk keagamaan seharusnya dipantau dan dimaklumkan kepada pengurus jika ianya bertentangan dengan ajaran Islam. Kami cuba berusaha sedaya upaya dan fikir yang terbaik untuk masa depan kami dan anak-anak kami.












Perjumpaan Bersama Dekan FSKSM

Pada pertengahan October 2008, satu pertemuan antara pihak HRD UTM yang diwakili oleh Tn Haji Dahari dan staff merangkap student di UK telah diadakan di Univ. Birmingham. Kami dari Univ. Loughborough, Univ of Leicester dan Univ di West Midlands semua berkumpul untuk mendengar taklimat berkenaan perkara-perkara berkaitan tempoh belajar, penyelidikan, publication di scopus dan kenaikan ke DS52 untuk Phd holders.

Rentetan itu, satu lagi pertemuan (informal) telah diadakan di Cafe’ MSD London dengan Dekan, Prof Dr Hanan dan Prof Dr Azrai. Mereka memberi nasihat dan kata-kata semangat dalam berjuang untuk mendapatkan Phd ini. Memang bukan sesuatu yang mudah. Masing-masing perlu kuat menghadapi cabaran baik suami, isteri dan anak-anak. Selain itu, mereka juga menerangkan misi UTM yang mahukan lebih banyak collaboration dengan universiti2 luar negara. Ini bertujuan bagi menaikkan dan mempopularkan nama UTM di seluruh dunia dan seterusnya kedudukan ranking akan terus meningkat. InsyaAllah.

Le Tour De Paris Part 2

Page 3 of 10«12345»...Last »

Pages

   

Disclaimer :

Walaupun segala penelitian telah diambil dalam penyediaan maklumat dalam laman weblog ini, tiada jaminan samada nyata atau tersirat diberikan oleh pihak moderator atau wakilnya tentang kesempurnaan dan ketepatan maklumat yang diberi, dan tidak bertanggungjawab atas apa-apa kesilapan atau ketinggalan yang mungkin berlaku. Pihak moderator atau wakilnya tidak sekali-kali boleh dipertanggungjawabkan bagi apa jua kerugian, termasuk tanpa batasan, kerugian khusus, tidak langsung atau berbangkit yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan atau kebergantungan maklumat yang terkandung di dalamnya.