Le Tour De Paris Part 1

London Visit 2008

AidilFitri 2008 di Leicester

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin

Begitu pantas masa berlalu. Diam tak diam, hari ini sudahpun puasa yang ke 27 dan Ramadhan bakal berakhir tidak lama lagi. Entah ada atau tidak peluang untuk kita semua bertemu kembali Ramadhan di tahun hadapan. Sememangnya tahun ini agak berbeza dari tahun-tahun yang sudah kerana buat pertama kalinya kami sekeluarga menyambut Ramadhan dan AidilFitri di Perantauan.

Dikesempatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri buat semua khasnya kepada sanak saudara, sahabat – sahabat dan para pengunjung Blog sekalian tidak kira anda berada di mana jua. Dibawah ini adalah kad raya special daripada KadViral.com.


Kami juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang perkenalan, ada yang tersalah tutur kata, penyampaian bahasa, terkecilkan hati dan sebagainya. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan yang buruk itu datangnya daripada diri kami sendiri.

Raya kali ini, kami sekeluarga akan beraya di Leicester United Kingdom bersama rakan-rakan pelajar di sini. Insyaallah akan dimeriahkan lagi dengan kedatangan Parents yang bakal melawat kami disini.

Akhir kata, selamat berhari raya…Kalau menikmati Juadah dan Kuih Raya Ingat-ingatlah kami disini :) Kepada yang bakal memandu untuk balik ke kampung halaman masing-masing, berhati-hati di Jalan Raya. Ingatlah orang yang tersayang…

Zaime, Azura, Yana & Hani @ Leicester UK

Kursus Mari Mengenal Pokok Epal

Aktiviti Fruit Picking musim Panas 2008 di Ladang Evesham. Aktiviti yang dijalankan termasuklah memetik buah Epal, Plum dan Berry selain menaiki keretapi stim dan berkelah beramai-ramai.

Majlis Doa Selamat, Tahlil, Usrah Dan Makan-makan

Majlis Doa Selamat & Makan-makan sempena berpindah ke rumah baru. Diadakan pada hujung bulan Ogos 2008 iaitu sebelum Ramadhan.

Bila Diri Disayangi

Semasa sedang mengupdate blog , tetiba fikiran teringat masa kursus team building semasa di Felda dulu. Lagu tema masa kursus tu : Bila Diri Disayangi. Lagu kumpulan Ukays masa zaman 90-an.

Liriknya boleh diadaptasikan pada kehidupan kita seharian. Moga-moga mendapat manfaat.

Bila Diri Disayangi

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

Pindah Rumah

Alhamdulillah, kami telah selamat berpindah ke rumah baru pada 1 Ogos 2008. Dengan bantuan rakan-rakan menggunakan 2 MPV dan 3 kereta, perpindahan kami berjalan lancar. Terima kasih kepada rakan-rakan yang bersusah payah membantu dalam proses perpindahan kami tempoh hari.

Lokasi rumah baru ini adalah tidak berapa jauh dengan Universiti walaupun agak jauh sedikit dari rumah lama. Jaraknya kira-kira 1 Batu dari Universiti berbanding rumah lama kira-kira 0.7 Batu. Masih boleh berbasikal untuk ke Universiti/Tempat kerja.

Pada masa ini kami sudah mula menyesuaikan diri di tempat baru. Inshaallah dalam sedikit masa lagi kami merancang mengadakan majlis doa selamat sempena masuk ke rumah baru dan menyambut ketibaan Ramadhan.

Gambar-gambar di Rumah baru – 17 Herrick Road, Leicester

Gambar-gambar Family Day @ Rutland Water

Page 4 of 10« First...«23456»...Last »

Pages

   

Disclaimer :

Walaupun segala penelitian telah diambil dalam penyediaan maklumat dalam laman weblog ini, tiada jaminan samada nyata atau tersirat diberikan oleh pihak moderator atau wakilnya tentang kesempurnaan dan ketepatan maklumat yang diberi, dan tidak bertanggungjawab atas apa-apa kesilapan atau ketinggalan yang mungkin berlaku. Pihak moderator atau wakilnya tidak sekali-kali boleh dipertanggungjawabkan bagi apa jua kerugian, termasuk tanpa batasan, kerugian khusus, tidak langsung atau berbangkit yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan atau kebergantungan maklumat yang terkandung di dalamnya.