Gambar 2
Leicester City Centre
Leicester mempunyai sebuah bandar agak menarik. Jarak di antara city centre dengan rumah kami tidak berapa jauh. Jika berjalan kaki mengambil masa kira-kira 20 minit untuk sampai. Kalau menaiki kenderaan awam seperti bas atau kereta, mengambil masa kira-kira 5 minit sahaja. Di sini pengangkutan awam seperti bas adalah efisyen. Oleh itu menaiki bas adalah cara terbaik untuk ke city centre. Tambang dari rumah kami ke ke city centre adalah 60 Pence sahaja untuk dewasa. Anak-anak kami yang berumur 3 dan 1 tahun adalah percuma.
Antara yang terdapat di City Centre adalah pasar, shopping complex seperti Primax, Mark & Spencer, Hay Market dan deretan kedai membeli-belah. Terdapat juga kedai yang menjual semua barang-barang dengan harga 1 Pound sama seperti kedai dua ringgit di Malaysia.
Lagi Gambar
Makanan & Barangan harian di Leicester
Di Leicester, tiada masalah untuk mendapatkan makanan halal. Ini kerana komuniti Pakistan dan Middle East agak ramai disini. Kedai cina pun ada disini. Jangan terkejut, barangan keluaran Malaysia seperti brand kipas udang, maggi, adabi, nestle mudah di dapati disini.
Oleh itu makanan harian di sini sama macam kat Malaysia juga, makan nasi hari-hari. Dari segi harga, ayam paling murah, daging dan ikan agak mahal sikit.
Kalau di kedai Mat/Minah Salleh, ada cara untuk memilih makanan halal. Contohnya macam roti : cari logo yang ada tanda “suitable for vegatarian”. atau lambang V.
Antara kedai-kedai dan supermarket yang terdekat di sini adalah :-
1) Kedai daging/ayam halal : Bolton, Adam Halal Meat, Adam Fish Mongers…dan lain-lain..
2) Kedai cina (Tai Fatt)
3) Kedai barangan dapur (AI, Islamabad, Falcon, Saver Choice)
4) Pasaraya Besar (Tesco & ASDA)
5 ) Kedai barangan Elektrik (RD dan beli online di ARGOS or CURRY)
Selain itu terdapat juga tempat membeli barangan second hand seperti Islamic Relief, Animal Rescue dan Car Boot. Harga di sini memang teramat-amat murah.
Cth : baju sejuk harga RM 300 di Malaysia boleh didapati dengan harga 1 or 2 Pound sahaja (kira RM 7 ker RM14).
Gambar UK
Tiba di UK pada 11 Januari 2008
Kami tiba di airport London, Heatrow tepat pada jam 6.30 pagi waktu UK bersamaan 2.30 ptg waktu Malaysia. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 14 Jam. Kerenah bebudak di dalam Flight tu biasa lah….
Alhamdulillah, kami tak menghadapi sebarang masalah melepasi pemeriksaan Imegresen UK.. Disebabkan kami membawa dua orang baby, kami terus dapat potong barisan imegresen yang panjang… huhu
Seterusnya, kami terus mengambil luggage dan terus mengikuti lane hijau (No declaration) semasa pemeriksaan kastam.
Di bahagian arrival, wakil host family MASLEICS, saudara Shahibudil dan saudara Farid telah sedia menanti.
Dari sini, kami menaiki kenderaan MPV untuk ke Leicester (Rumah Host Family). Perjalanan dari Heatrow ke Leicester mengambil masa kira-kira 2 Jam. Kami menginap selama dua hari di rumah Host Family (Abney Street) sebelum berpindah ke rumah kami di Earl Howe Street.
Jarak rumah host family dengan rumah sewa kami adalah selang dua tiga lorong sahaja.. berjalan kaki kira-kira 5 ke 10 minit.
Berlepas ke UK
10 Januari 2008, tarikh kami berlepas ke UK. Setelah berpenat-lelah membuat segala persiapan, akhirnya hari yang di tunggu tiba jua.
Semua sanak saudara telah berkumpul di rumah. Kami sempat melakukan solat sunat hajat berserta solat sunat musafir. Maklum sahajalah, pemergian kami selama 3 tahun…
Pengenalan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Blog ini telah dibangunkan pada awal tahun 2008. Tujuan blog ini adalah untuk bertukar-tukar maklumat dan informasi yang berkaitan dengan kehidupan di UK. Ianya adalah berdasarkan kepada pengalaman hidup sebenar penulis dan tidak ada kaitan dengan orang lain. Jika ada, ianya adalah secara kebetulan sahaja.
Anda adalah dijemput untuk melayari blog ini sepenuhnya dan boleh tinggalkan komen yang membina (jika ada).
Sekian.
Zaime Kharis Zainuddin
http://zaime.net
Recent Comments