Hari terakhir kami di Lake District, kami sempat bersalam-salaman dan bergambar kenangan bersama rakan-rakan. Sempat juga mendengar amanat penutup saudara Hairudin selaku Captain rombongan untuk trip kali ini.Bagi kami, trip kali ini, bolehlah dikatakan agak berjaya mencapai matlamatnya iaitu untuk mengeratkan silaturahim diantara ahli-ahli disamping dapat jalan-jalan sambil release tension.
Dalam perjalanan pulang ke Leicester, kami sempat singgah ke Miniature Village iaitu suatu tempat ala-ala muzium yang mempamerkan replika kecil perkampungan dan rumah masyarakat Inggeris dahulu kala. Setelah puas bergambar disini, barulah kami terus memulakan perjalanan pulang. Alhamdulillah, kami telah selamat tiba di Leicester pada kira-kira pukul 6.00 petang. Sempat juga mengambil masa untuk relax kerana besoknya masing-masing nak ke Lab@Kerja.
Terima kasih kepada semua yang menyertai trip ini. Tidak lupa juga kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung merancang dan mengelola trip ini. Lain kali bolehlah plan tempat yang lagi best.
Akhir kata,
Kalau ada sumur Di Ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita gathering lagi.

Destinasi untuk kami menginap di Lake District adalah di GreenHowe Caravan Park, Langdale.
Perjalanan dari Leicester kemudian singgah di Liverpool dan akhirnya check in di Caravan Park ini memang memenatkan.
Kami tiba tepat jam 6.30 petang setelah melalui perjalanan yang agak panjang. Untuk sampai ke sini, perjalanannya agak tricky kerana melalui kawasan yang agak pendalaman dan berbukit disini. Lebih-lebih lagi kami hanya menggunakan Map dan setelah bertanya arah dengan beberapa Mat Salleh, akhirnya kami tiba ke destinasi yang dituju.
Hari pertama di sini tidak banyak aktiviti dilakukan kerana masing-masing berehat untuk melepaskan penat. Kami sempat bersembang-sembang dengan ahli caravan iaitu saudara Azli dan saudari Asnita sekeluarga yang tiba lebih kurang pukul 10 malam.
Keesokan harinya, bermulanya aktiviti lawatan ke beberapa tempat-tempat menarik disini. Antaranya lawatan ke Bowness dengan menaiki bot serta ke Scafel Pike yang merupakan puncak tertinggi di England.
Perjalanan menaiki bot dari Jeti ke Bowness memang agak menarik dimana pemandangan disekitar tasik “Lake District” yang merupakan tasik terpanjang di England memang cantik. Tasik ini memang terkenal di serata England dan memang antara tempat tumpuan pelancong.
Sampai di Bowness, kami sempat bersiar-siar disini sambil membeli sedikit cenderahati.
Seterusnya, kami mengambil keputusan untuk terus ke Scafel Pike yang mengikut ceritanya mempunyai pemandangan yang begitu menarik. Dari jeti kami berkonvoi sebanyak 8 buah kereta untuk ke sana. Perjalanan ke Scafel Pike agak mencabar di mana kami terpaksa melalui lereng-lereng gunung dengan jalan yang agak sempit (hanya boleh dilalui sebuah kereta sahaja).
Jalannya agak curam dengan ada yang mencecah kecerunan sehingga 30 darjah.
Namun disebalik cabaran melalui lereng-lereng gunung tersebut, pemandangannya begitu cantik sehingga kami beberapa kali berhenti untuk menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi ini. Namun hajat untuk ke Scafel Pike sebenarnya tidak kesampaian kerana atas alasan keselamatan, konvoi kami akhirnya berpatah balik kerana semakin lama lalunnya semakin mencabar dan merbahaya. Cukuplah kami menikmati permandangan di sepanjang perjalanan sahaja. Ini pun tidak kurang menarik juga.
Sebelah malam, kami mengadakan barbecue dengan dengan hidangan sate, kambing dan ayam.
Memang sedap tak terhingga. Terima kasih kepada yang sudi sponsor hidangan barbecue kami ini.
Jumaat lepas, kami berpeluang untuk singgah ke Liverpool dalam rangka lawatan ke Lake District, Ambleside, UK. Sebenarnya tujuan asal adalah untuk menghadiri gathering staff Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat UTM, yang bermula pada 11/4 hingga 13/4/2008.
Perjalanan dari Leicester ke Liverpool mengambil masa kira-kira dua jam setengah. Pada mulanya, kami ingin memudahkan perjalanan dengan menggunakan khidmat TOM TOM Satelit Navigation yang diinstall pada PDA. Namun disaat-saat akhir sebelum bertolak, TOM TOM mengalami sedikit masalah. Oleh kerana tidak mahu membuang masa untuk troubleshoot, kami mengambil keputusan untuk menggunakan peta sahaja (UK & IRELAND AA MAP). Nanti bila-bila free, kami tengok balik problem TOM TOM ni.
Kami tiba di Liverpool tepat jam 1.00 tengahari setelah bertolak kira-kira pukul 10.30 pagi. Kami terus singgah di tempat popular disini iaitu Albert Dock berhampiran dengan waterfront.
Sampai sahaja, kami terus cari port yang sesuai untuk Lunch sebelum jalan-jalan di sini. Kami sempat bersiar-siar disekitar kawasan Albert Dock yang sememangnya menjadi tempat tarikan pelancong disini. Ini kerana ianya terletak ditepi laut dan memang menjadi tempat berlabuhnya kapal-kapal yang ingin singgah ke England.
Seterusnya kami tidak lupa untuk singgah di Liverpool Stadium dan sempat snap gambar-gambar menarik disini. Stadiumnya agak kecil sedikit kalau di bandingkan dengan Manchester Stadium, namun tetap menjadi tarikan utama disini.
Oleh kerana masa yang tidak mengizinkan kerana destinasi kami masih jauh lagi, kami mengambil keputusan untuk terus menyambung perjalanan ke Lake District yang mengambil masa kira-kira dua jam dari Liverpool.
Recent Comments