Majlis Doa Selamat & Makan-makan sempena berpindah ke rumah baru. Diadakan pada hujung bulan Ogos 2008 iaitu sebelum Ramadhan.
Majlis Doa Selamat, Tahlil, Usrah Dan Makan-makan
Bila Diri Disayangi
Semasa sedang mengupdate blog , tetiba fikiran teringat masa kursus team building semasa di Felda dulu. Lagu tema masa kursus tu : Bila Diri Disayangi. Lagu kumpulan Ukays masa zaman 90-an.
Liriknya boleh diadaptasikan pada kehidupan kita seharian. Moga-moga mendapat manfaat.
Bila Diri Disayangi
Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu
Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir
( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu
Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri
Pindah Rumah
Alhamdulillah, kami telah selamat berpindah ke rumah baru pada 1 Ogos 2008. Dengan bantuan rakan-rakan menggunakan 2 MPV dan 3 kereta, perpindahan kami berjalan lancar. Terima kasih kepada rakan-rakan yang bersusah payah membantu dalam proses perpindahan kami tempoh hari.
Lokasi rumah baru ini adalah tidak berapa jauh dengan Universiti walaupun agak jauh sedikit dari rumah lama. Jaraknya kira-kira 1 Batu dari Universiti berbanding rumah lama kira-kira 0.7 Batu. Masih boleh berbasikal untuk ke Universiti/Tempat kerja.
Pada masa ini kami sudah mula menyesuaikan diri di tempat baru. Inshaallah dalam sedikit masa lagi kami merancang mengadakan majlis doa selamat sempena masuk ke rumah baru dan menyambut ketibaan Ramadhan.



Recent Comments