Jalan-jalan @ London 2009

Minggu lepas kami berpeluang melawat ke Madame Tussauds iaitu Wax Muzium memang terkenal terletak di London. Muzium ini memang menjadi tumpuan para pengunjung yang bukan hanya di UK malah pelancong-pelancong luar. Bagi yang tidak tahu, disini kita boleh ‘berjumpa’ dengan personaliti terkenal diseluruh dunia termasuklah artis Hollywood, Bolllywood, pemimpin dunia, personaliti sukan dan banyak lagi.

Madame Tussauds terletak di tengah-tengah Metropolitan London dan kepada siapa yang berpeluang datang ke London, memang tak akan melepaskan peluang ke sini. Yang menariknya, kita dibenarkan mengambil gambar sebanyak mana pun tanpa halangan. Kami menghabiskan masa dekat 3 jam di dalamnya dan memang berbaloi dengan bayaran tiket £ 22.50 seorang.

Info

Stesen Tube Terdekat – Baker Street

Address – Marylebone Road, London, NW1 5LR

Harga Online – £22.50 Dewasa & 18.50 Kanak-kanak

Masa – Dicadangkan 2 jam setengah untuk melawat ke semua bahagian muzium ini dalam keadaan tidak tergesa-gesa

Camera – Highly recommended dengan memory card yang besar

Madame Tussauds

Strawberry Picking…

Jumaat lepas lepas office hour, kami telah mengadakan aktiviti memetik buat strawberry yang bertempat di Wymesworld Farm berdekatan dengan Loughborough. Dari tempat kami tak berapa jauh iaitu kira-kira setengah jam dan sempatlah juga singgah lepas balik kerja kerana kebun tutup pukul 7.00 petang. Disini memang menjadi kebiasaanya untuk aktiviti fruit picking kerana buahnya memang tengah ranum serta kualitinya memang yang terbaik pada musim panas. Dari segi harga memang berpatutan disamping rasanya yang manis dan segar…

Info

Address – Wide Lane, Wymeswold, Leicestershire LE12 6SE

Buah-buahan disini – Strawberries, Raspberries, Gooseberries, Red, White and Black Currants, Blackberries

Masa – Dibuka setiap hari dari 10am hingga 7pm.

Pages

   

Disclaimer :

Walaupun segala penelitian telah diambil dalam penyediaan maklumat dalam laman weblog ini, tiada jaminan samada nyata atau tersirat diberikan oleh pihak moderator atau wakilnya tentang kesempurnaan dan ketepatan maklumat yang diberi, dan tidak bertanggungjawab atas apa-apa kesilapan atau ketinggalan yang mungkin berlaku. Pihak moderator atau wakilnya tidak sekali-kali boleh dipertanggungjawabkan bagi apa jua kerugian, termasuk tanpa batasan, kerugian khusus, tidak langsung atau berbangkit yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan atau kebergantungan maklumat yang terkandung di dalamnya.