Euro Trip 2010 – Jungfraujoch Top of Europe

Pagi ini kami sempat menikmati continential breakfast di hotel tempat penginapan di Interlaken. Alhamdulillah, cuaca pun nampaknya baik untuk meneruskan agenda explorasi ke Swiss Alps. Lepas checkout, kami meneruskan perjalanan ke Lauterbrunnen untuk menaiki train untuk naik ke kawasan gunung. Perjalanan dari Interlaken ke Lauterbrunnen tidak berapa jauh dan hanya mengambil masa kira-kira 20 minit sahaja. Kami parking kereta di tempat meletak kereta bertingkat berdekatan dengan stesen keretapi. Boleh rujuk link Lauterbrunnen parking untuk harga parking di sini.

Dari sini sebenarnya boleh memilih untuk menaiki train ke puncak Wengen dan Kleine Scheidegg yang merupakan skii resort yang terkenal. Dari Kleine Scheidegg, bolehlah menaiki train terus ke Jungfraujoch Top of Europe. Sebagai alternative, dari Lauterbrunnen juga terdapat cable car untuk ke puncak gunung Murren. Sila rujuk link harga train ke Swiss Alps untuk semua harga dari Lauterbrunnen.

Kami telah memilih untuk menaiki train ke stesen Kleine Scheidegg melalui Wengen. Perjalanan ke Kleine mengambil masa kira-kira 1 jam. Sepanjang dalam perjalanan kami disajikan dengan stunning view yang menakjubkan dengan permandangan gunung yang ditutupi salji. Setibanya di Kleine, kami terserempak dengan kumpulan pelajar Malaysia dari Nottingham. Disini juga dapat dilihat ramai pengunjung yang datang untuk bermain Skii kerana Kleine Scheidegg juga merupakan kawasan skii resort yang terkenal. Terdapat juga pusat sewaan alat-alat sukan Skii kepada yang berminat untuk mencuba.

Setelah beberapa ketika berada di Klein, kami mengambil keputusan untuk terus menaiki satu lagi train (Jungfraubahn) untuk terus naik ke Jungfraujoch yang lebih dikenali dengan nama Top of Europe. Harga ticketnya memang agak mahal tetapi hati begitu teruja kerana bukan satu perkara yang mudah untuk datang ke sini lagi. Perjalanan ke Jungfaujoch yang mempunyai ketinggian dianggarkan melebihi 4000m dari aras laut mengambil masa sejam dari Klein. Di dalam perjalanan, train telah berhenti dibeberapa station iaitu (Eigerwand – 2865m) dan (Ismeer – 3160m) untuk membolehkan penumpang-penumpang termasuk kami untuk turun bagi mengambil gambar.


Train tiba di Jungfraujoch pada lebih kurang pukul 2.30 petang dan keadaan cuaca pada ketika itu Snow sedang turun dan suhu dianggarkan kira-kira -15. Terdapat beberapa section di Station Jungfraujoch seperti restoran, kedai sorvenir, kedai Jam Swiss, Ice of Palace serta bahagian yang dipanggil Sphinx. Station Jungfraujoch juga merupakan station keretapi yang tertinggi di Europe. Kami mengambil masa kira-kira 2 jam untuk explore kawasan Jungfraujoch termasuk keluar dari station untuk mengambil gambar-gambar menarik pada suhu -15. Keindahan panorama ciptaan Ilahi ini memang menakjubkan serta tidak dapat tergambarkan dengan kata-kata.

Euro Trip 2010 – Swiss Alps

Sekitar pukul 8.30 pagi, kami telah memulakan perjalanan ke Lautterbrunnen yang terletak di Switzerland. Mengikut kepada peta dan Tom Tom GPS navigation, perjalanan bakal mengambil masa hampir lima jam dengan merangkumi jarak kira-kira 400 km. Kami dijangka sampai lebih kurang pukul 1 tengahari. Oleh itu, di dalam perjalanan, kami merancang untuk lalu di tepi tasik Como yang terletak di sempadan Italy/ Switzerland dan juga tasik Lugano.

Perjalanan berjalan lancar sehingga kami masuk ke Sempadan Switzerland sekitar pukul 11 pagi. Mengikut maklumat yang kami perolehi, kenderaan yang ingin menggunakan lebuhraya di Swiss atau nama lainnya Swiss Autobahn dimestikan membeli sticker yang dipanggil Vignette. Disini tidak ada tol tetapi digantikan dengan Vignette yang harganya kira-kira 40 Swiss Franc / 30 Euros. Sticker ini boleh diperolehi di mana-mana Swiss Visitor centre dan juga di mana-mana pintu masuk di sempadan Switzerland. Vignette ini diwajibkan kepada semua kenderaan walaupun hanya menggunakan autobahn untuk beberapa jam. Polis Swiss boleh mengenakan On the Spot fines sebanyak 100 Swiss Franc dan dicampur cost Vegnette baru jika didapati kita menggunakan Autobahn tanpa menampalnya. Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan pemanduaan di Switzerland, bolehlah melawat ke : Driving in Switzerland.

Setelah melepasi pos sempadan Italy/Swiss kami meneruskan perjalanan dengan melalui tasik Como dan seterusnya Lugano yang cantik. Permandangan di sepanjang perjalanan amatlah menakjubkan dengan dikelilingi kawasan pergunungan Swiss. Perjalanan diteruskan sehingga sampai ke Pekan Wassen yang terletak di kaki gunung. Mengikut kepada Peta dan GPS, perjalanan dari Wassen akan melalui kawasan lereng gunung yang sempit untuk sampai ke Interlaken dan seterusnya Lauterbrunnen. Kami meneruskan perjalanan secara mendaki dengan pemandangan yang menakjubkan di lereng-lereng bukit sehinggalah didapati jalan tersebut sebenarnya tutup kerana terdapat salji tebal di puncak gunung. Kami berkesempatan bertanya kepada penduduk tempatan disini yang memberitahu jalan tersebut hanya boleh dilalui pada musim summer. Kami tiada pilihan selain berpatah balik menggunakan jalan alternative menuju ke Luzern sebelum boleh ke Interlaken.

Dengan mengikut jalan ini, perjalanan ditambah lebih kurang 100 km dan membuatkan perancangan asal tertangguh. Oleh kerana hari sudah lewat dan cuaca pula kurang mengizinkan, kami mengambil keputusan untuk terus bermalam di Hotel di Interlaken dan menangguhkan plan asal ke Lauterbrunnen. Di Interlaken, kami bermalam di Mattenhoft resort yang berkedudukan strategik di kaki gunung. Menurut Islamic Finder, hanya terdapat satu restoran makanan halal disini :

Restorant Shalimar
Hohe weg 94,
Interlaken, Bern 3800, SWITZERLAND

Kami sempat singgah makan di restoran ini yang harganya boleh tahan mahal. Kami order makanan untuk 4 orang seperti, Pizza, Briyani & Chips dan harganya hampir-hampir 60 Swiss Franc. Cukuplah sekali dapat merasa makan di restoran di Swiss, Insyaallah lain kali masak sendiri sahaja lagi menjimatkan.

Sebenarnya kos sara hidup di Swiss pada keseluruhannya agak tinggi berbanding UK. Ini termasuklah harga barangan keperluan termasuk makanan.

Euro Trip 2010 – Italian Lakes

Bersempena dengan cuti sekolah baru-baru ini, kami telah berkesempatan sekali lagi berkunjung ke Eropah. Destinasi kali ini adalah di Lake Garda dan Venice di Italy serta Switzerland. Dengan mengambil kira jarak yang jauh dari UK ke Italy, kali ini kami membuat keputusan untuk menaiki penerbangan ke Italy dan dari sana mendapatkan kereta sewa untuk memudahkan aktiviti jalan-jalan di sana.

Perjalanan dari Stansted Airport (UK) ke Verona Brescia Airport (Italy) mengambil masa kira-kira 2 jam dengan menaiki pesawat Ryanair. Verona Brescia Airport bolehlah dikatakan agak kecil dan tiada banyak kerenah untuk melepasi pemeriksaan Imegresen. Setelah semua urusan selesai, kami terus ke kaunter Hertz untuk mendapatkan kereta sewa yang ditempah dari UK. Untuk menyewa kereta disini, lesen memandu UK yang diperolehi sekurang-kurangnya setahun adalah memadai. Jika tiada, bolehlah menggunakan lesen Malaysia (Non EU) tetapi mesti disertakan dengan International Driving Permit (IDP). Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan pemanduan di Italy, bolehlah bolehlah ke web ini : Driving in Italy.

Kami diberikan kereta buatan Italy (Fiat Punto) walaupun pada awalnya menempah kereta Ford Fiesta. Sebelum bertolak ke Lake Garda, kena membiasakan diri dahulu dengan segala basic features seperti lampu, wiper, signal, gear dll. Lagipun ini pertama kali drive kereta left hand side yang mana pemanduannya agak berbeza dengan right hand side seperti di UK dan Malaysia. Rasanya macam baru belajar drive walaupun sudah memandu berbelas-belas tahun. Selain itu, kena juga mengetahui habit memandu disini. Mengikut maklumat di Internet, pemandu di Italy agak kurang berhemah seperti di UK. Memandu terlalu laju dan tergesa-gesa (rushing), flash lampu tinggi dan hon adalah perkara biasa. Walaupun begitu, pemandunya agak cekap. Sebagai contoh semasa parking, pemandu Italy biasanya akan berupaya parking ditempat yang sempit dengan minimum pergerakan sahaja.

Perjalanan dari Airport ke Bella Italia Campsite di Lake Garda mengambil masa kira-kira 45 minit. Penginapan 4 malam disini telah ditempah menerusi TheSunHoliday dengan harga yang sangat berpatutan. Setibanya disana, kami mengambil peluang untuk berehat sambil ronda-ronda di kawasan sekitar Lake Garda yang cantik dan mendamaikan. Keesokkannya kami merancang untuk perjalanan jauh ke Switzerland.

Pages

   

Disclaimer :

Walaupun segala penelitian telah diambil dalam penyediaan maklumat dalam laman weblog ini, tiada jaminan samada nyata atau tersirat diberikan oleh pihak moderator atau wakilnya tentang kesempurnaan dan ketepatan maklumat yang diberi, dan tidak bertanggungjawab atas apa-apa kesilapan atau ketinggalan yang mungkin berlaku. Pihak moderator atau wakilnya tidak sekali-kali boleh dipertanggungjawabkan bagi apa jua kerugian, termasuk tanpa batasan, kerugian khusus, tidak langsung atau berbangkit yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan atau kebergantungan maklumat yang terkandung di dalamnya.