Begitu pantas masa berlalu. Diam tak diam, hari ini sudahpun puasa yang ke 27 dan Ramadhan bakal berakhir tidak lama lagi. Entah ada atau tidak peluang untuk kita semua bertemu kembali Ramadhan di tahun hadapan. Sememangnya tahun ini agak berbeza dari tahun-tahun yang sudah kerana buat pertama kalinya kami sekeluarga menyambut Ramadhan dan AidilFitri di Perantauan.
Dikesempatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri buat semua khasnya kepada sanak saudara, sahabat – sahabat dan para pengunjung Blog sekalian tidak kira anda berada di mana jua. Dibawah ini adalah kad raya special daripada KadViral.com.
Kami juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang perkenalan, ada yang tersalah tutur kata, penyampaian bahasa, terkecilkan hati dan sebagainya. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan yang buruk itu datangnya daripada diri kami sendiri.
Raya kali ini, kami sekeluarga akan beraya di Leicester United Kingdom bersama rakan-rakan pelajar di sini. Insyaallah akan dimeriahkan lagi dengan kedatangan Parents yang bakal melawat kami disini.
Akhir kata, selamat berhari raya…Kalau menikmati Juadah dan Kuih Raya Ingat-ingatlah kami disini
Kepada yang bakal memandu untuk balik ke kampung halaman masing-masing, berhati-hati di Jalan Raya. Ingatlah orang yang tersayang…
Zaime, Azura, Yana & Hani @ Leicester UK

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
Enjoy autumn Raya
roshidi, rabiah, Ilham n Irdini
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
Enjoy autumn Raya
roshidi, rabiah, Ilham n Irdini
salam lebaran & maaf zahir batin
Ara, Jay & Alif Hakimi
salam lebaran & maaf zahir batin
Ara, Jay & Alif Hakimi