Alhamdulillah, Weblog zaime.net kini kembali pulih setelah down untuk beberapa ketika.Untuk yang tidak tahu, weblog ini telah down selama kira-kira satu hingga dua bulan kerana ada sedikit masalah teknikal ketika hendak meng”renew” domain yang telah expired baru-baru ini. Masalah timbul kerana sepatutnya domain zaime.net mesti direnew sebelum expired tetapi kerana ada masalah di pihak domain provider, domain tersebut tidak dapat di renew sehingga mengambil masa dua bulan. Kini masalah ini telah selesai dan saya bolehlah start memblog seperti biasa. Baiklah,buat sementara kita lupakan tentang masalah teknikal ini.
Sepanjang tempoh dua bulan ini, pelbagai perkara telah dilalui. Antaranya kami sekeluarga telah makan angin ke Paris, Jalan-jalan London dan Melawat Malaysian Hall, Menyambut HariJadi Anak ke 2 (Hani), Menyambut Eidul Adha dan Menghadiri Majlis Usrah dan Ceramah Ilmu oleh Penceramah yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Zaharuddin (http://www.zaharuddin.net). Namun antara semuanya yang paling penting sekali saya telah berjaya lulus ujian memandu UK.
Untuk pengetahuan, dengan menggunakan lesen Malaysia (Foreign license) Kita hanya dibenarkan memandu di UK selama setahun sahaja. Selepas tempoh itu lesen adalah tidak valid lagi dan kita akan dikira memandu tanpa lesen jika ditahan polis. Oleh itu mendapatkan lesen UK sememangnya diidam-idamkan oleh penuntut Malaysia disini.
Disini Undang-undangnya agak tegas disamping fines dan penalty yang agak tinggi jika tertangkap.
Ramai yang menyangka ujian memandu di sini terlalu sukar sehingga mustahil untuk lulus. Melalui survey dan maklumat di Internet, ujian memandu di UK dikenali sebagai “the toughest driving test in the world”. Mengikut statistik, daripada keseluruhan calon yang menduduki ujian memandu, hanya kira-kira 40 peratus sahaja yang lulus. Tidak kurang juga yang memilih jalan belakang yang tidak perlu saya sebutkan disini untuk mendapatkan lesen UK. Saya dan beberapa rakan telah membuktikan ianya tidak mustahil.
Ujian Memandu di UK agak berbeza dengan mengambil ujian memandu di Malaysia. Yang paling utama disini benar-benar menitikberatkan aspek KESELAMATAN dalam pemanduan dan bukannya KECEKAPAN dalam pemanduan. Skill memandu juga mesti dipertingkatkan selari dengan 4 musim di UK. Contohnya perbezaan cara memandu dalam suasana berais, berkabus tebal, bersalji dan sebagainya.
Sebagai tips, panduan dan pengetahuan kepada yang berminat menempuhi cabaran lesen UK, ianya terbahagi kepada dua bahagian iaitu Theory dan Practical. Di dalam theory test pula terbahagi kepada dua iaitu multiple choice(50 Soalan) dan 14 Clip Hazard Perception. Kita dimestikan lulus kedua-dua bahagian untuk lulus theory test.Setelah lulus theory test, bolehlah belajar practical samada dengan Instructor (Highly recommended) ataupun belajar sendiri. Berapa banyak jam yang diperlukan bergantung kepada sejauhmana persediaan kita.
Dengan pengalaman memandu selama 12 tahun di Malaysia, saya memerlukan 6 sessions bersama instructor. Ianya amat useful untuk build up teknik memandu yang betul di UK serta membuang habit memandu yang kurang baik. Selebihnya saya membuat practices menggunakan kereta sendiri. Instructor yang mengajar, Brother Ibrahim memang telah lama berkecimpung dalam bidang ini, banyak membantu dalam mencurahkan ilmu dan tips-tips memandu yang tepat.
Alhamdulillah berkat usaha dan latihan yang berterusan, saya meyakinkan diri untuk booking practical test dan seterusnya berjaya lulus pada 23/12/08. Pengalaman saya ketika ujian, memang ada sedikit rasa gemuruh walaupun telah berpengalaman memandu selama berbelas-belas tahun. Yang paling penting sekali tidak over confident dan mesti fokus sepanjang masa ujian yang mengambil masa kira-kira 45 minit.
zaimee n azu…
kak ude pun tgh dok prepare utk amik theory test ni…dok buat mock test asyik fail aje…frust betul..hehehe ada tips tak utk lulus camne? esp yg theory test ni laa…
Nak lulus Theory Test rasanya tak susah sangat, cuma kena study habiskan dulu semua database soalan DSA, ada 1000 lebih soalan kalau tak silap. Dah khatam yang itu baru buat Mock Test. InsyaAllah boleh lepas. Kalau buat Mock Test dulu tapi belum habis study memang payah sikit.
Sambil-sambil study soalan tu bolehlah diselang-selikan dengan practice Hazard Perception. Hazard Perception kalau dah tahu teknik dia tak susah sangat. Bila nampak jer Hazard klik mouse tiga kali, biasanya akan dapat markah tinggi.
wokey….hehehe wish me luck this 22 Jan…kak ude sit for theory test…