Pagi ini kami sempat menikmati continential breakfast di hotel tempat penginapan di Interlaken. Alhamdulillah, cuaca pun nampaknya baik untuk meneruskan agenda explorasi ke Swiss Alps. Lepas checkout, kami meneruskan perjalanan ke Lauterbrunnen untuk menaiki train untuk naik ke kawasan gunung. Perjalanan dari Interlaken ke Lauterbrunnen tidak berapa jauh dan hanya mengambil masa kira-kira 20 minit sahaja. Kami parking kereta di tempat meletak kereta bertingkat berdekatan dengan stesen keretapi. Boleh rujuk link Lauterbrunnen parking untuk harga parking di sini.
Dari sini sebenarnya boleh memilih untuk menaiki train ke puncak Wengen dan Kleine Scheidegg yang merupakan skii resort yang terkenal. Dari Kleine Scheidegg, bolehlah menaiki train terus ke Jungfraujoch Top of Europe. Sebagai alternative, dari Lauterbrunnen juga terdapat cable car untuk ke puncak gunung Murren. Sila rujuk link harga train ke Swiss Alps untuk semua harga dari Lauterbrunnen.
Kami telah memilih untuk menaiki train ke stesen Kleine Scheidegg melalui Wengen. Perjalanan ke Kleine mengambil masa kira-kira 1 jam. Sepanjang dalam perjalanan kami disajikan dengan stunning view yang menakjubkan dengan permandangan gunung yang ditutupi salji. Setibanya di Kleine, kami terserempak dengan kumpulan pelajar Malaysia dari Nottingham. Disini juga dapat dilihat ramai pengunjung yang datang untuk bermain Skii kerana Kleine Scheidegg juga merupakan kawasan skii resort yang terkenal. Terdapat juga pusat sewaan alat-alat sukan Skii kepada yang berminat untuk mencuba.
Setelah beberapa ketika berada di Klein, kami mengambil keputusan untuk terus menaiki satu lagi train (Jungfraubahn) untuk terus naik ke Jungfraujoch yang lebih dikenali dengan nama Top of Europe. Harga ticketnya memang agak mahal tetapi hati begitu teruja kerana bukan satu perkara yang mudah untuk datang ke sini lagi. Perjalanan ke Jungfaujoch yang mempunyai ketinggian dianggarkan melebihi 4000m dari aras laut mengambil masa sejam dari Klein. Di dalam perjalanan, train telah berhenti dibeberapa station iaitu (Eigerwand – 2865m) dan (Ismeer – 3160m) untuk membolehkan penumpang-penumpang termasuk kami untuk turun bagi mengambil gambar.

Train tiba di Jungfraujoch pada lebih kurang pukul 2.30 petang dan keadaan cuaca pada ketika itu Snow sedang turun dan suhu dianggarkan kira-kira -15. Terdapat beberapa section di Station Jungfraujoch seperti restoran, kedai sorvenir, kedai Jam Swiss, Ice of Palace serta bahagian yang dipanggil Sphinx. Station Jungfraujoch juga merupakan station keretapi yang tertinggi di Europe. Kami mengambil masa kira-kira 2 jam untuk explore kawasan Jungfraujoch termasuk keluar dari station untuk mengambil gambar-gambar menarik pada suhu -15. Keindahan panorama ciptaan Ilahi ini memang menakjubkan serta tidak dapat tergambarkan dengan kata-kata.


